Sunday, December 10, 2006

CABARAN HIDUP


Apa pendapat anda tentang tinggal sebilik sebelum perkahwinan? Bagi orang tertentu hal ini peribadi, tak perlulah dipersoalkan, kerana semua orang melakukannya.

Inilah realiti yang kita hadapi dalam lingkungan persahabatan kita. So, bagaimana? ikut nilai siapa,Tuhan or sahabat? Kita mesti mempunyai kekuatan untuk memegang ajaran Alkitab, no! kepada dosa dan Yes! kepada kekudusan.

“Aramai ti gaman..., tiga sepuluh ringgit, Mari kita “minum”, ini budaya kita, budaya harus dihormati.” So, bagaimana? Ini budaya bangsa atau budaya nafsu. Memang budaya perlu dihormati, tetapi apabila budaya itu merusak diri kita, ia patut ditolak, ya...kan. Cuba lihat si pemabuk di sekitar anda, apakah mereka ada kemajuan, sukurlah kalau ada.

“Hi, lelaki moden dan perempuan moden itu harus merokok, kau ini ketinggalan zaman tau.” So, bagaimana? Kerajaan saja bilang, itu tidak baik, merusak kesehatan, bukankah Tuhan mahu kita memiliki tubuh yang sehat bagi kemuliaan-Nya. Adalagi yang lebih bahaya, dadah, ganja, dan kawan-kawannya.

Sebagai manusia yang masih waras lagi beriman, marilah kita menolak pengaruh-pengaruh yang merusak hidup dan moral kita.