Monday, January 1, 2007

11. JANJI PADA DIRI


Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan--JANGAN-JANGAN sekali-kali putus asa. Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kegagalan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.

Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.

Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya.

Last but not the least, banyak-banyak berdoa agar usaha dan matlamat anda tercapai dan diberkati. Usaha tanpa doa, segala yang dilakukan tidak diberkati. Doa tanpa usaha pula, segalanya tidak akan menjadi.

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah "blue print" orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan banyak orang sehingga hari ini. Tiap-tiap kali mereka mempunyai matlamat baru, mereka akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat mereka tercapai.

Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan dengan keyakinan bahwa anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.