
"Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché/lapok, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak, andatidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai...anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat nilai A dalam semua mata pelajaran dalam masa persiapan 30 hari mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk mendapat nilai A dalam semua mata pelajaran dalam masa persiapan 365 hari adalah lebih realistik.
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.