Friday, February 23, 2007

WANG


Apa yang menggerakkan hidup Jimm?

Apa maksud brother?

Maksud saya begini Jimm, ada banyak macam yang menggerakkan hidup seseorang itu, hari ini kita cakap satu, iaitu kehidupan yang digerakkan oleh cinta wang.

Fokus hidup orang ini adalah wang, siang malam fikirannya penuh dengan agenda bagaimana cari wang. Boleh dikatakan tujuan utama hidupnya adalah wang. Jadi yang menggerakkan semangat hidup orang ini adalah wang, dia hidup untuk wang, dimana ada wang disitulah hatinya.

Tapi brother, kita tidak salah cari wang kan!

Cari wang memang tidak salah Jimm, tapi cinta wang itu yang menjadi masalah.

Oklah brother, kita sambung lagi cerita esok....

Ok bye Jimm...