
Mengasihi dunia dan isinya, bukanlah tindakan yang bijak rohani. Tapi itulah natur manusia berdosa, apa yang dapat dilihat, apa yang dapat dipegang, menjadi kekasih hatinya.
Mengapa hati manusia cinta kepada dunia ini? Kerana dunia ini adalah benda yang real didepan mata. Sedangkan Tuhan seakan-akan mempunyai misterinya tersendiri.
Di manakah cinta hatimu? Kenapa bukan kepada Tuhan? Bukankah Alkitab mencatat, “kasihilah Tuhanmu dengan segenap hatimu.”
Mengasihi segenap hati bererti, mengutamakan Tuhan dalam hidupmu, Dia, mendapat tempat yang pertama dalam kehidupan kita.
Jadi, apakah kita melupakan benda-benda didunia ini? Tidak sama sekali, hanya soal, siapakah yang terutama di dalam hatimu? Sekali lagi, hanya soal, siapakah yang terutama di dalam hatimu?