Sunday, December 10, 2006

ADA PERUBAHAN HIDUP

Dulu buta hurup, sekarang celik hurup. Dulu buta IT, sekarang Celik IT. Jangan berkata “ah, sudah tradisi, inilah nasip keluarga saya dari dulu, hidup kais pagi, makan pagi, so what…”
Perubahan hidup anda terletak ditangan anda sendiri, kalau anda mahu, selalu ada jalannya. Sala satu jalannya adalah melalui pendidikan. Belajarlah bersungguh-sungguh pasti engkau dapat meraih prestasi terbaik.

Target utama anda adalah masuk U dan lulus dengan nilai terbaik dan dapat pekerjaan yang baik. Inilah perubahan yang telah anda raih dari segi pendidikan. Pekerjaan yang anda perolehi menjanjikan ganjaran yang patut. Hal ini memberikan kesenangan kepada anda untuk mengurus diri atau keluarga dan juga pelayanan Tuhan.

Inilah perubahan yang telah anda raih dari segi ekonomi. Dalam masyarakat anda dipandang sebagai pemimpin, kerana pengetahuan yang anda miliki. Anda tidak dipandang rendah, tetapi disanjung, dihormati dan dijadikan cerita teladan kepada anak-anak yang masih belajar.

Inilah perubahan yang telah anda raih dari segi pengaruh dalam masyarakat. Buatlah perubahan dalam hidupmu, capailah kedudukan yang tinggi dalam pendidikan, ekonomi, pengaruh dalam masyarakat dan sebagainya.