Di mana anda berada ketika ini? (bukan di depan PC). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan kearah pencapaian matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan persiapan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.