Tuesday, January 2, 2007

6. TETAPKAN DEADLINE


Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bilakah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10tahun?

Kebanyakan orang tidak mempunyai deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline. Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri... oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja.

Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja... berikan satu tarikh deadline yang baru. Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.